Friday, May 29, 2009

pemandu teksi...

Pada suatu hari, seorang wanita berbangsa Filipina di Sabah menaiki sebuah teksi di Kota Kinabalu. Pemandu teksi itu pun bertanyakan kepada wanita tersebut Cik mau pigi mana? Wanita itu pun menjawab Tolong hantar saya pi kampung Dangir ya.Pemandu itu pun hairan, sejak 10 tahun menjadi pemandu teksi, dia belum pernah mendengar nama kampung itu.Oleh kerana tidak tahu lokasi kampung itu, dia bertanya sekali lagi kepada wanita tersebut.Cik, di mana bah itu kampung Dangir?Alamak, encik ni pemandu teksi baru ka? Itu kampung Dangir sana di dakat kampung Likas bah, dakat itu tapak pembinaan bangunan kerajaan yang baru itu jawab wanita itu.OOOh di sana, bah mari la aku hantar kamu kata pemandu teksi itu.Lalu pemandu teksi itu pun menghantar wanita itu ke tapak pembinaan itu.Setibanya mereka di tapak pembinaan tersebut, wanita itu pun berkata Nah kan, kamu tahu juga bah tempat ni, tengok papan tanda yang di situ itu ada tertulis nama kampung ini kata wanita itu menunjukkan jarinya ke sebuah papan tanda di situ yang bertulis DANGER (merbahaya).Selepas kejadian itu, pemandu teksi tersebut telah meninggal dunia kerana ketawa terbahak-bahak sehingga Strok menyerangnya.

p/s: serius ni.. aku rasa mmg slalu jd d kk ni.. hahahaha...

Thursday, May 28, 2009

3 orang sahabat..

Amat, Abu dan Budin tersesat di dalam hutan sewaktu memburu. Mereka
kemudiannya ditangkap oleh sekumpulan orang asli yang merupakan
cannibal. Sewaktu dihadapkan ke ketua puak cannibal, ketua puak mengatakan mereka tidak akan dijadikan sup dan dimakan jika mereka lepas ujian yang akan
diberikan. Mereka dikehendaki pergi ke dalam hutan dan mencari 10 buah
yang sama jenis. Lalu mereka pun pergi la ke dalam hutan bersama2
beberapa orang asli yang akan mempastikan mereka takkan lari.

Amat kembali dan membawa 10 biji buah epal. Ketua puak cannibal itu
kemudiannya berkata "Kamu dikehendaki menyumbat kesemua buah2 tersebut
kedalam lubang bontot kamu tanpa sebarang ekspressi diwajah kamu atau
kamu akan dimakan!". Maka bermulalah sesi menyumbat buah epal ke dalam
lubang bontot Amat, SATU!!! jerit semua orang-orang asli. Belum sempat
epal kedua disumbat, Amat sudah menjerit kesakitan, lalu Amat diikat dan
diletak dalam kawah besar untuk direbus jadi sup.

Abu pula kembali membawa 10 biji anggur. Ketua puak menerangkan perkara
yang sama kepada Abu. Abu merasa takdelah susah mana. Dari jauh Amat
mendengar orang-orang asli menjerit SATU!!! DUA!!!! TIGA!!! EMPAT!!!
LIMA!!! ENAM!!! TUJUH!!! LAPAN!!!!, tiba-tiba Amat terdengar Abu ketawa terbahak-baha. Beberapa minit kemudian Abu diletakkan bersebelahan Amat dalam kawah
besar.

"Weiii yang ko gelak apehal???...ko dah nak lepas tadi dah!!" bentak
Amat.

Abu jawab "takleh tahanla beb...tengah aku relax2 sumbat anggur tiba2
Budin balik bawak durian 10 bijik".

p/s: hahahaha..xleh tahan la aku baca citer ni.. gila pnya lucu... hahahaha..xdpt aku byg kan c bidin tuh... hahahaha

byk benda nak story2 nii...

salam to all fren2 yg rajin baca blog sy.. hehehe..xpe xkomen,xkisah pun..tp sy tau awk ada baca..gagagaga... ok..ok..byk nak story ni.. mula2 nak story psl my mum ngan my dad yg naik pangkat... congrats2..(pasnih bleh bg duit byk2 lg ek) hahaha.. dgn kenaikan pangkat ni..maka terdapat sedikit rombakan dalam family kami..my mum dah pndah tmpt kerja,so ktaorng terpaksa ambl maid utk mengurus kan adik2 me yg xtau mengurus diri sendiri.. hahaha..xdela..bdk kecil lg tuh.. so knala urus dia nak g skul apa suma kan.. sblm ni dia blk sklh agama...trus tkar bju kat opis mama jer..skrg dah xleh mcm tuh dah.. dah xde opis dah.. haha... cian dia.. tu jer rombakan dlm famili.. gagagagaga....

2nd nya..dah nak abis li dah.. huhuhu... dahla 2 bln cuti..sure i miss this school very much..yela,xtau nak wat apa kat umah kan..slain dr jd bibik..mesti dok tgk tv.. oppss..lupa..buat laporan..3 hb lapor diri blk.. huhuhu..harap2 dpt kamsis..xyahla susah2 nak carik umah..my dad pun xbg tggl luar..dia suh ulang alik dr umah.. gila ke apa..?? dahla sem5+sem6 ni bz nak mampos..nak ulang alik umah plak.. huhuhuhu... mesti aku rndu gaban kat makmal yg sejuk mcm nak bekukan org ni.. hahahaha...

okok..skrg nak cite psl sorg mamat saiko..yg ckp berbelit2.. go to h*** la!!! xguna.. dasar lelaki buaya..dengan aku ckp lain..aku baik2 jujur nak kwn dgn dia..dia bleh buat aku gini.. hantu pnya llaki..dahla muka mcm org nak pecah umah..perangai lg la mcm hantu.. blah la lu... kan aku dah geram dah ni.. sakitnya hati aku.. dia bleh ckp kat suma org aku nak kat dia??? yaiy... plzzz la.. dia yg mnta no aku..dia yg sms aku..dia yg bg ayat berbunga2 dgn aku..(kenen2 mau jd bf aku la) bila aku xmau..saiko plak tuh.. antar sms smpi dkt 20page!!!! gila..pernah org buat gitu kat korang??? even llaki yg aku admire pun xbuat mcm tuh kat aku..maksud aku,mcm org saiko pg2 buta antar msg kat org.. yaiy.. WTH?!! mula2 ckp xde gf.. bila aku tnya2 ckp hubungan mcm telur d hujung tanduk...mcm xde apa2 kunun.. skali nya bila kdapatan bru la mcm taik2 mengcover.. buduh!!! apa la dia ckp ngan gf dia tuh.. utk gf dia tuh.. klu terbaca blog aku ni.. ni statement khas utk ko!! "bf ko ni yg mengurat aku..aku xingin la kat dia..dia yg saiko abis aku..slain salahkan dia..aku salahkan ko jgk!!! sepa sruh ko xlayan bf ko..psl bnda2 kecik pun trus senyap sunyi..pas2 bila bf ko tuh ketandusan kasih sayang..dia carik aku..bila kdapatan..dia ckp aku suka dia kan??? go to h*** la...utk pngetahuan ko..smpi skrg.. tiap2 pg dia antar sms gud morning ngan aku..tiap2 mlm antar msg gud night.. ko tau..mcm org saiko@g***!! dan utk info ko..aku xpenah bls pun msg tuh.. haram aku mau bls..dan aku xmau msuk campur urusan kamu..so,go away from my life..!!!" utk hantu saiko..ko jgn guna org lain utk lepas tension ko ngan gf ko...slow talk la dgn dia..kata 4thun uda kapel..

p/s: aku klu dah marah..mmg suka memaki ni..xpasal2 aku plak terkait hal dia.. bak kata udiey..budduuuuhhhh!!!

Wednesday, May 27, 2009

GADIS-GADIS INGIN TAHU TANDA-TANDA LELAKI JATUH CINTA?

Ingin tahu tanda-tanda lelaki kalau sedang jatuh cinta berat? Begini
katanya….
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukankarena terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya..
3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
4.. Dia berusaha mengukung kebebasan kekasihnya karena perasaa cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
9.. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanyalebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan pentingdengannya.
17. Dia coba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi deangan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu berarti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
23.. Tidak semua laki-laki sanggup meneteskan airmata hanya untuk seorang wanita.

Hargailah insan bergelar lelaki…

akula ni xtau menghargai lelaki..

Tuesday, May 26, 2009

orang gila...

Seramai 26 orang gila dari malaysia telah dibawa ke amerika untuk brjumpa dgan d0ktor pakar.. Mereka semua telah dbawa dgan sebuah kapal terbang yg besar... Nak dijadikan cerita,sewaktu dalam perjalanan,mereka teramatlah bising nye,kecoh bt0l,bese la..kalu da same2 gila,ada je mende bodoh dorg wat. So,kbisingan dorang ni tlah mbuatkan captain pilot marah.. Lalu,cptain pilot ni telah menyuruh co pilot untk mlihat apa yg brlaku di belakang. Apabila saja co pilot melihat apa yg brlaku,trkejut beruk la co pilot bila melihat orang2 gila tsebut sdang brmain bola sepak di belakang...MU vs Chealsea kata org gila 2... Co pilot 2 apa lg ,marah la. Hoii gila!tak boleh main bola dalam kapal terbang!! Stelah dimarahi,terdiam la semuanya.terkesima... Namun,selang bberapa minit kmudian,cptain brasa curiga kerana suasana begitu tenang d belakang..senyap jek.. Lalu cptain pilot menyuruh lg co pilot melihat apa yg blaku di belakang. Stelah diperiksa,terkejut beruk lg la co pilot bila mlihat hanya tgal 4 orang gila saja..co pilot hairan lalu brtanya. Copilot: oi gile,apa da jadi?mana kawan2 seangkatanmu yg lain?? Gila : daa encik pilot x kasik kamik main bola dalam kpal trbang,dorang main la kt luar..ape da gila jugak encik ni.hahah Copilot : erk,aku pulak gila?habis,apa kamu 4 orang ni buat dalam ni??nape x ikot kawan kamu main kt luar? Gila: encik ni gila ke?kan kami ni pemain simpanan..

p/s:klu ckp ngan org gila tuh..hati2 sket.. tgk skrg..suma dah terjun.. hahahaha...

Monday, May 25, 2009

yang mana satu??

salam to all yg rajin baca blog sy ni.. hehehe..erlow my fren.. mggu ni ada lah mggu terakhir me li..wah...sedar xsedar hampir stgh tahun gakla kat sini ni.. alhamdulillah..klu xda aral melintang..sy dan mr aizat akan abis li awal.. so to all my fren yg msh ada 2 more weeks nak bgun awal..rajin2 kan la diri anda ek.. ekekeke... ok..enuf wit dat intro,today me nak celoteh pasal...pasal... suami.. hahaha.. nope..nope..me blom gatal nak kawen ek..tp klu nak kawen awal xpe la.. kan baik klu prmpn tu dpt jodoh awal.. hehehe..

mesti korg suma ada dgr berita mengenai seorang suami yg sedang bercakap di telefon dgn isteri nya tba2 terdengar isterinya menjerit dan talian di matikan.bergegas pulang sebab dia dpt rasa kan ada sesuatu yg tidak baik terjadi kepada isteri nya d umah.. sebelum menjumpai mayat isteri anak serta pembantu rumahnya berlumuran darah... masyaallah..kejam tol manusia sekarang.. anak kecil yg bru berusia 5 tahun di bunuh.. sedihnya sy apa bila terkenangkan si suami yg menjumpai mayat isteri dan anaknya tuh.. cuba bygkan kita berada di tempat mangsa..? huhuhu...sy xbrani laa.. melihat org yg kita sayang..berlumuran darah.. huhuhu.. mesti hilang punca kan?? sy doakan semoga si suami tabah mengharungi dugaan yg mendatang ni.. huhuu....

klu dia atas ni saya bercerita mengenai seorang suami yang risaukan keadaan isteri nya d umah,bergegas pulang setelah dapat merasakan sesuatu yang tidak baik..skrg sy nak bercakap mengenai seorang suami yg dah berbulan2 tak balik umah?? haiyaa... apa mau jd oo sma ni owang..? dahla dia ni pendakwah bebas..ustaz.. mesti ramai yg jadi kan dia ni sumber inspirasi..tba2 dia buat hal mcm ni plak.. sy tau kita xpatut nak msuk campur hal umah tgga dorg ni.. tp klu dah dkt 3 bln xbalik umah..xtelefon bertanya khabar..sampaikan isteri sendiri hanya tau perkembangan dia melalui media..wajar kah mcm tuh?? xkan sibuk sgt ustaz,smpi nak tefon isteri serta anak2 d umah pun xdpt?? tapi nak lepak2 kat pantai mlm2 bleh plak..nak duk mkn kat mcd pukul 3 pagi bleh plak?? apa kes ni ustaz???? klu xsayang kat bini pun..xkesian kat anak2 ke?? ustaz sibuk berdakwah sna sni..tp mcmana bleh kuar kes begini?? klu xde angin,pokok xkan bergoyang..

sy ni bkn berniat nak komdem ustaz tuh..tp bak kata nabil... lu pikirla sendiri!!

Thursday, May 21, 2009

lu pikirla sendiri..

adess.. sebenarnya malas mau post..penatla.. penat ngan kerja2 mengecat.. huhuhu.. 3 ari mengecat.. tp setelah di pikir2.. hurm..mcm patut gak post.. klu sesiapa yg berkenaan terbaca.. bagusla..

kadang2 sy rsa lucu gak klu tgk prmpn gaduh2 psl lelaki ni..tp bila sy pikir blk..rsa marah plak yg meluap2..apa la,pasal lelaki pun nak gaduh2.. wat?? me?? jap..let me think..prnah ke ek me gaduh psl llaki?? pernah ke ek?? mcm xpernah..cuba my fren..migie ka yg ingat,cuba refresh blk kot2 sy terlupa ke apa.. apala sgt nak bergaduh psl llaki ni.. psl llaki yg perangai mcm s*** tuh pun nak berebut2..

yg sorg ni ckp si s*** syg dia.. si anu yg merampas kunun..si anu plak ckp si s*** ni cinta hati dia.. dan salahkan si sorg ni plak.. apala dorg ni nak gaduh2..(actually xgaduh besar pun..perang dingin kot..ntahla apa bnda tuh) yg penting mmg jiwa kacau la klu dpikir..

sudah terang lg bersuluh yg lelaki tuh xbaik..klu dia baik,xdenya jadi kes curang mencurang begini.. myb llaki tuh xkisah psl sape2 pun...yg penting dia enjoy.. enjoy tgk prmpn bergaduh2 psl dia...(mau d tampar ni)

hurm..nasihat me..sudah2la tuh.. berpijak la d bumi nyata.. byk lg bnda lain yg bleh di buat.. luas lg dunia ni utk di terokai...

p/s:org ckp..klu kita ckp psl org..nnt bnda tuh blk ma kita.. huhuhu.. nauzubillah.. mnta d jauhkan.. huhuu... xnakla my hubby buat mcm tuh.. me cuma nak bg nasihat..terpulang la pada tuan pnya bdn... huhuu..

Monday, May 18, 2009

sekadar renungan..

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan
BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Thursday, May 14, 2009

hurm.. susah nak ckp...

assalammualaikum w.b.t...

hurm..entry kali ni bukan bertujuan untuk memburuk atau merendah2kan sesiapa.. bukan juga bertujuan untuk memperkecil dan menghina orang..ianya sekadar untuk tatapan bloggers sekalian..

cinta ada lah satu perkara yang sangat subjektif.. setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai perkara ini.. cinta adalah satu perkara indah.. namun d sebalik semua keindahan cinta ini,msh terdapat keburukan atau cela yang merosakkan kesucian cinta..dan semua kecelaan ini akan memberi tempias kepada mereka yg bercinta...terutama kaum hawa..

ingatlah wahai kaum hawa,xkirala.. sedalam jurang marina pun kasih kamu,setinggi langit biru pun sayang kamu..seluas lautan pasifik pun cinta kamu kpd kekasih kamu..selagi dia belum sah bergelar suami kamu..jangan serahkan segala2 nya pada dia.. apa yg ada pada gelaran kekasih?? teda apa2..belum ada apa2 ikatan sudah berlagak mcm laki bini..ini bru bergelar pasangan kekasih..sudah ada yg berani dduk serumah...bersekedudukan.. mgkn dia slalu bjanji yg xkira apa yg berlaku.. dia tetap akan bersama dengan kamu.. tapi kita sebagai prmpn kna ingat..xkira jahat mna pun llaki itu..dia hanya akan beristeri kan prmpn yg baik2.. sepa yg tidak mau keturunan yg baik kan?? dan kamu?? sedarlah..dia hanya jadikan kamu sbg pngalas utk melepaskan nafsunya... bila dia sudah sedar akan semua..dia akan tggalkan kamu.. kejadian ini dah byk berlaku..klu la dia seorg lelaki yg baik2..dia xkan apa2 kan kamu..dia xkan pukul,tampar dan yg paling penting,tidak akan merosakkan kamu!! kalau dia benar2 syg kan kamu..dia akan jaga kamu dengan baik.. dan yg paling penting..dia hormat kita sebagai seorang perempuan!! ingat la wahai teman2 ku..

dont make someone ur everything..bcoz when they gone.. ur's nothing!!!

Wednesday, May 13, 2009

curangnya dia...

*hmm*


Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana uzur... hanya tunggu masa hilang nyawa. Isterinya, Susan berada di sampingnya. Susan memegang tangan yang lemah dan air mata berjuraian turun dari kelopak matanya.

Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan.

"Susan, isteriku," ia berbisik. "Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."
"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.

"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.
"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.

"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu."

"Saya tahu...," jawabnya. "Kerana itulah saya meracuni kamu..."

------------
MORAL: Jauhilah dari melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dan membunuh oranglain.... Sebagai renungan, kalau anda jadi Mat Rempit, mungkin anda akan terperangkap untuk lakukan kedua-duanya...

*helpless*

ICE = In Case of Emergency

Ramai diantara kita memiliki handphones dan ianya sentiasa bersama anda walaupun dimana anda berada. Didalam nya semua nombor nombor yang penting rakan-rakan saudara mara dan orang tersayang disimpan

Tetapi tersangat malang jika anda terlibat dengan sakit dan tidak sedarkan diri telefon ini tidak dapat membantu anda.Ini adalah kerana orang yang membantu kita pada masa itu tak tahu nombor mana nak dihubungi utk mendapat maklumat lanjut walau pun didalamnya ada beratus nombor.

ICE telah di kenal pasti oleh pasukan kecemasan sebagai satu singkatan yang paling sesuai untuk dimasukkan kedalam handphone anda.Idea ini adalh cetusan dari satu pasukan penyelamat (paramedic) setiap kali semasa membantu mangsa 90% dari nya membawa handphone tetapi mereka (pasukan penyelamat)tak tahu nombor mana yang perlu dikontek atau pun nombor yang mana satu ialah waris atau ahli keluarga terdekat.
jika kita meletekan ICE - 01256XXXX petugas hospital atau penyelamat dapat menghubungi ahli keluarga anda untuk memberitahu keadaan anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu Emergency Contact masukkan ICE1,ICE2 dan saterusnya.Sebarkan concept ini semoga setiap orang akan memahaminya dan memiliki ICE dalam hanphone masing-masing.
ICE 1 tu mungkin nombor telefon isteri anda dan ICE 2 tu mungkin nombor telefon ibu anda.

RAHSIA TAHI LALAT

Masyarakat pada zaman dahulu mengenal seseorang dgn melihat tanda pada badannya.Diturunkan di sini firasat tentang tahi lalat. Sejauhmana kebenarannya tidaklah diketahui dgn jelas. Namun begitu,ia biasa diajarkan di kalangan Masyarakat Melayu.Hanyalah sekadar menambah pengetahuan. Jangan percaya sgt tau.. huhuhu..


Bagian Badan
Firasat

bibir atas kanan
banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri
ramai kawan, baik hati

bibir bawah kanan
disegani orang, ramai yg suka

bibir bawah kiri
pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan
cerdas, jujur, berani menderita

leher kiri
cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah
tercapai cita-cita

biji mata kanan
suka serong dan pembohong

biji mata kiri
pembohong tetapi baik hati

hujung mata kanan
baik hati, sopan santun, cerdas

hujung mata kiri
baik budi, murah rezeki

punggung kanan
agak mengalami kesulitan

punggung kiri
malas dan suka duduk

betis kanan
suka berhibur, boros

betis kiri
rajin,tidak suka menganggur

lutut kanan
bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutut kiri
kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan
terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri
sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang
jujur, sabar dan tekun

kening kanan
cerdas dan cekap

kening kiri
cerdas, sopan santun

tengah kening
keras hati, berani segala hal

hujung mulut kanan
kecil rezeki, tak mudah kalah

hujung mulut kiri
suka berpoya-poya

ketiak kanan
dapat menyimpan rahsia

ketiak kiri
jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan
suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri
kehendak kuat

batang hidung
banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

pada hidung
banyak rezeki

dagu bawah kanan
jujur dan baik hati

dagu bawah kiri
bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri
baik, suka senggama

di kepala kemaluan (lelaki)
bakal beristeri 2

tumit kanan
jujur dan banyak kawan

tumit kiri
baik budi

alis kanan
suka menolong, baik hati

alis kiri
ramai yang suka

pangkal peha kanan
kemahuan kuat

pangkal peha kiri
suka kerja apa pun

telapak kaki kanan
tak mudah mengeluh

jari kaki kanan
suka menolong

jari kaki kiri
berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan
cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri
suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan
baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri
ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan
setia dan taat pada atasan

lengan kiri
menepati janji dan rajin

pipi kanan
ramai teman

tengah-tengah pipi kanan
ramai yg suka

tengah-tengah pipi kiri
ramai teman

ubun-ubun
kurang jujur

pusat
cerdas, tangkas, tekun

pusat bahagian kanan
sejahtera dalam hidup

pusat bahagian kiri
beroleh kemuliaan

pinggang kanan
sayang pada pasangan hidup

pinggang kiri
disayang pasangan hidup

dada kanan
dapat mengatasi masalah

dada kiri
berani, jujur dan sabar

telapak kaki kanan
tidak mudah mengeluh

telapak kaki kiri
baik budi pekertinya

siku tangan kanan
kuat ingin memiliki kekayaan

siku tangan kiri
baik hati, suka menolong

jari tangan kanan
serba beroleh keuntungan

jari tangan kiri
serba baik bekerja

jari telapak tangan kanan
banyak rezeki tapi boros

jari telapak tangan kiri
banyak rezeki dan cermat

perut bawah kanan
banyak rezeki, suka memberi maaf

perut bawah kiri
baik hati, tenang hidupnya

sudut mata kanan dalam
disayang suami atau isteri

sudut mata kiri dalam
tidak mudah dilupakan pasangan

sudut mata kanan luar
baik budi, ramai yg cinta

pelipis kiri
murah rezeki, dpt jadi kaya

pelipis kanan
serba berhasil dalam usaha

kelopak mata kanan atas
baik hati, ramah, berjaya

kelopak mata kiri atas
baik budi, ramai yg suka

kelopak mata kanan bawah
agak malas

kelopak mata kiri bawah
agak bodoh, kurang bijaksana

Monday, May 11, 2009

boring btol..

huhuhu.. boring btol la... ari2 on9...lma2 muntahla sy mcm ni.. huhu... xpela...sementara tggu nak blk ni (walhal lama lg) jum tgk ni.. kita kaji2 sket.. btol ke x bnda ni.. hehehe...



WANITA BERSIFAT TANAH


Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September)

Capricon (22 Disember-20 Januari)

-Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
-Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material.
-Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah
berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
-Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
-Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
-Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.



WANITA BERSIFAT API


Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos)

Sagittarius (23 November-21 Disember)

-Dilahirkan sebagai pemimpin
-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
-Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.
-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA BERSIFAT ANGIN



Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober)

Aquarius (21 Januari-19 Februari)


-Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
-Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
-Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
-Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.



WANITA BERSIFAT AIR



Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November)

Pisces (20 Februari-20 Mac)


-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif,sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

Thursday, May 7, 2009

i miss my sis!! huhuhu..

eh..korang ada kakak x??? berapa org??? kakak korang baik x?? hehehe..sy ada kakak tau.. sorg jer.. nama dia atiqah.. dia ni baik tau.. dahla baik..pandai..rajin.. memang bertuah la sepa yg jd adik dia!! hehe... tp..... dia xde kat sni..huhu.. dia ni..jarang ada kat umah tau.. bila dia naik form 1 jer..dia dok ostel smpi form5..pas2 dia rehat kejap lpas spm..trus fly pg kl...duk kat kl smpi la skrg.. huhuhu.. bru2 ni dia ada blk,tp kejap jer.. smggu xsilap.. nak tau?? msa dia blk tuh..sy rsa sy la org yg paling bahagia tau..bukan sbb dia spon sy shoping2..tp sbb sy tba2 jer ada kwn nak sembang2..ada kwn nak gusip2.. hehe..dan nak tau,tba2 jer my sis ada bf!! jeng..jeng..jeng.. selama sy knal dia 20 thun.. xpenah dia ni ada bf..nak cita2 psl llaki pun xde tau.. dia kan budak skema sket.. ulat buku la katakan.. hehe.. well,my sis dah getting older kan... hehehe.. xpela tika ekk..nnt ko kawen dulu la nmpknya...tp klu aku langkah bendul pun.. aku bg ko cincin pun ckupla ekk.. hehehe.. ni sikit info bout my sis...

nama penuh: nur hayati atiqah salleh
nma manja(manja ke??): tika,hayati,tiqz,kakak
d.o.b: 9 sept 1988.. 9988 <--nice no kan?? p.o.b: queen elizabeth hosp.. primary school : sk tambalang tuaran.. upsr = 3a 1b 1c secondary school : smk agama inanam.. pmr = 9a..spm = 9a 3b currently studying at monash university,taking degree in biotechnology..





hehehe..cumil kan kakak sy?? siapa ckp xcumil sy tampar kamu!! hahaha.. kamu mau tau ka?? i miss her so much tau.. dia ni baik sgt2..xkedukut..klu sy mnta duit or nak minta tolong apa2..dia mesti tolong.. hehehe.. betul2 rindu la ngan my sis.. :'( raya tahun ni kami nak pkai bju raya sma2 lg.. hehe..dun worry ek sis,klu xsempat buat bju raya..kita beli jak.. myb raya kat kl tahun ni..tp xpasti lg.. nnt thun ni i spon ur pnya bju raya ekk... so make sure u blk tau.. hehe, luv u n miss u so much babe!!! take care of urself ekk.. study hard!! mmuacchhxx!!!!

ni nak story..story ni..

hurm...nak crita psl apa plak ni... sbnrnya,sy ni bknya malas..rajin sbnrya tapi sy malas nak buat kerja yg patutnya org lain yang patut buat..well,korang faham2 la.. kerja tuh kan kerja dia..napa nak sruh org buat plak?? abis duit gaji yg dia mkn tiap2 bulan tu utk apa?? dah byk kali dah 'dorang' ni...suruh buat kerja dorg..typing laa..itu laa..ini laa.. mentang2 dorg otai..senang2 jer nak buli anak org.. bgusla..ari ni ko buli anak org..nnt2,anak ko org buli.. mcm tu buli balik.. haiyaa.. memang memboringkan li ni.. bgus lg aku blk study blk..pagi2 pegi kelas..mlm buat assgment.. lg nyaman tau!! mau tau napa lagi nyaman?? nyaman..coz ada my pren yg tercinta.. hehehe.. meh sy bg kenal dgn suma my fren..


ni time hari biru sedunia..hehe,sebenarnya kebetulan jak suma org pkai kaler biru... hehee... kat cni ada ima,pika,lenot,nazirah,mas,yan dan teckh..
hehe..ni plak ada mazedi,yan,ika,egie and my beloved son..met.. hehe..

ni plak sepakat nak pkai pink dorg ni... yg paling cumil belah kiri ling..yg tercumil d tgh ifah.. dan yg sgt cumil belah kanan aida.. nak tgk gmbr lg ek?? ok..ok.. ada 2 gmbr lg.. tadaa...

gmbr kat atas tu ada bieb ngan lenot..hehehe..ni la my fren yg tercinta.. byk lg sbnrnya..tp gmbr dorg xda plak.. xtau d mna ntah sy ltak folder dorg.. sori ekk aijat,norman beyri dll.... nnt2 sy upload gmbr kamu.. hehehe.. yg penting sy tetap cinta abis la sma kamu suma.. luv yu so much!! mmmmuahcx!!!!

Wednesday, May 6, 2009

Pasangan Tua Yg Romantik

Ader pasangan yang dah berumur, kira dah tua la... anak2 semuer dah besar2..masuk universiti..kata orang tinggal berdua jer la.. honeymoon hehehehe... Satu malam tu... dok la pasangan nie tadi menonton tv... . dok syok tengok tv... tup ..tup ..si suami nie kata la kat isteri dia... .

"Mah,mah... .. " kata si suami...
"Ya bang," lembut jer jawab siisteri...
"anak2 semua dah besar... semua dah tak duduk ngan kita, kan Mah?"
"Kenaper plak, bang. abang rindu kat diorang plak ker?"
"Tak der la Mah, " ujar si suami

"Dah tu... kenaper plak bang?".. isteri menanya. .heran gak... kot...
"Tak ... abang teringat maser kita muda2 dulu... . mah suka gigit telinga abang, kan...

""Cuba Mah gigit skit..abang nak raser..lamer dah Mah tak buat camtu... "

Mendengar saja kata2 si suami tu tadi... maka berlari la si isterinya tadi kedlm bilik... .

"Mah..kenaper Mah?" "Mah tak sayang abang ker Mah?" soal si suami... si isteri didalam bilik tadi tak menjawab... agak lama lepas tu.. si suami memanggil

" Mah... ooo..Mah.. dah la tu.. jangan la merajuk... meh la kita tengok tv nie... tak per la..Mah tak nak gigit pun tak per la... keluar la Mah, Mah marah ker Mah?" si suami risau takut menyinggung perasaan isteri kesayangannyer itu...

"Tak bang, Mah tak marah"..jawab si isteri dari dlm bilik...
" Dah tu, kenaper Mah dok dlm bilik tu..Meh la kita tengok tv nie... " kata si suami..

-
-
-
-
-
-
-

"Mah tengah cari gigi palsu, bang!"

Kerana Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa.."

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."

Jawab malaikat, "inilah saksi-saksimu.."

Tiba2 mata berbicara, "saya yg memandang.."

disusuli dengan telinga, "saya yg mendengar perkara itu.."

Hidung pun tidak ketinggalan, "saya yg mencium.."

Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "saya yg merayu.."

Lidah menambah dengan berani, "saya yang menjilat dan menghisap.."

Tangan tanpa malu meneruskan, "saya yang meraba dan meramas.."

Kaki pula menyusul, "saya yg berjalan dan berlari semasa itu.."

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, "saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata.."

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan
segera dihantar ke syurga:

"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata..."


PENGAJARAN YANG BOLEH DI AMBIL...
Walau sebesar mana pun kesilapan yang dilakukan apabila ada kesedaran dan keinsafan bertaubat lah dengan sepenuh hati maka allah akan memberi keampunan pada orang yang bertaubat...

Nie kaki saya..

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...

Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian... dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau !!!" Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata... "Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

cerita-cerita lawak

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

PALING BERSIH

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"
Lelaki: "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik: "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

BARU KAHWIN

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Maklum sajalah baru berkahwin. Pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.
"Sumaat"
"Sedang eloklah tu bang..." jawab isterinya..

Tuesday, May 5, 2009

Sendiri Cari Penyakit

apa tuh bulimia??
bulimia ni salah satu dr eating disorder..

apa simptom2 bulimia??
hmm..seseorg pesakit bulimia atau lg senang di panggil sebagai bulimic ni.. sangat cenderung utk mkn dengan byk..sangat2 banyak tau.. pas2 dia akan memuntahkan blk kesemua mkanan yang telah d mknnya.. ya..kasi muntah blk.. mau tau jgk ka cara dia?? alaa...senang jak.. kac masuk jak jari dalam mulut.. pas2 kac korek2 sket..then bila mau muntah.. kac biar jakla.. yup.. mcm tuh laa.. dorg akan memuntahkan..kesemua makanan yg telah d mkn...

napa dorg(bulimic) mau buat gtu??
sbb...bulimic ni.. jenis org yg sgt takut utk gemuk..org bulimic ni..ada bingung sket la..dorg akan mkn dengan byk..pas2 dorg akan rasa bersalah.. bab mkn dgn byk..then dorg kac muntah apa yg dorg mkn...

apa akibat bulimia ni??
byk akibat bulimia ni..antara nya..bleh buat tekak ngan bahagian mulut kita luka..bleh buat bdn kita lemah..lutut slalu bergegar ni klu pnat..pas2 pndi peluh2 sejuk ni.. rambut pun gugur..pas2 degupan jantung kita kan..pandai kencang ni tba2.. pdahal bknya kita buat apa2 mcm lari 100m ka..



mcmana sy tau suma ni??
mestila sy tau.. sbb sy pun bulimia jgk...

napa sy jd bulimia??
sbb dulu sy gemuk yg teramat... teramat la.. smpi berat sy penah mencapai 75kg ni!! myb xda berat sgt kan..tp sy ni bknya tggi dlm 153cm mcm tu jak... well,snang cerita la.. sbb sy dan rmai lg org dlm dunia ni jd bulimia..adalah sbb psikologi..

i. bila ko dah gemuk..ko pg sna,org ejek..ko pg sni,org ejek.. mna2 ko pg..suma org xmau kawan ngan kau.. yalaa...org skrg,klu mau bkwn..mesti mau tgk rupa.. klu ko gemuk..org akan buat ko sbgi bahan ketawa jak.. penah 1 kali sy pegi umah org kawen..ada org tuh ckp..mcm anak gajah la.. ko tgk dulu badan anak c anu tu..kalah2 anak gajah la.. hahaha..smpi mati sy akan ingat apa yg dia ckp!!!

ii. 1 lg sbb...bila ko mau pg beli baju.. ko nmpk 1 baju ni.. 'OMG!! aku mau baju tuh!!' skali bila msuk fitting room..bw saiz xl.. Sorii girl..u're not so lucky!! baju tuh xmuat!! so,ko pg la tanya anti promoter tuh.. 'kakak,ada saiz xxl ka??' anti promoter tuh plak,smbl ketawa2 dia akan jwb... 'sori dik,kami ada saiz xl jak..tu yg paling besar' hahahaha... so..ko pg la blk umah.. nangis2 sbb xda bju raya...

well..tula sbb sy jd bulimia.. dan sekarang ni.. i'm tired being a bulimic!!! seksa oo!!!!

Monday, May 4, 2009

renung2kan lah...

“Abang, minta izin untuk nikah sorang lagi,”

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur.

Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

“Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga,” sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

“Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis,” masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.
]
Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak-anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

“Abang, Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu,” Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.
Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

“Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?” pelik benar permintaan isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.. Dan dia, hanya mendapat senyuman daripada Aliyah.

“Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg,” terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

“Kak Aliyah yang minta,” masih lembut dia memujuk Qis.

“Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?” “Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!” terkejut Asraf Mukmin.

“Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,”

Qistina mengalih pandangannya. Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid
Putra.

Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra. Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya.

Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.
Tit tit… sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya.
“Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak
sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,” Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

**********************************************************************
Kepada:
Asraf Mukmin,
Suami yang tersayang…

**********************************************************************

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

**********************************************************************
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani, Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,
Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana, apatah lagi
Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg…

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abg…

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung… Aliyah sayangkan Abg…

Abg yang disayangi,
Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,
Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg…Aliyah sayangkan Abg…
Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah… Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg..tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai..air tangan Aliyah.

Salam sayang,
Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu biliknya. Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapan pagi kegemarannya. Dia tersenyum! Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!!!!

****************************************************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...