Wednesday, May 13, 2009

ICE = In Case of Emergency

Ramai diantara kita memiliki handphones dan ianya sentiasa bersama anda walaupun dimana anda berada. Didalam nya semua nombor nombor yang penting rakan-rakan saudara mara dan orang tersayang disimpan

Tetapi tersangat malang jika anda terlibat dengan sakit dan tidak sedarkan diri telefon ini tidak dapat membantu anda.Ini adalah kerana orang yang membantu kita pada masa itu tak tahu nombor mana nak dihubungi utk mendapat maklumat lanjut walau pun didalamnya ada beratus nombor.

ICE telah di kenal pasti oleh pasukan kecemasan sebagai satu singkatan yang paling sesuai untuk dimasukkan kedalam handphone anda.Idea ini adalh cetusan dari satu pasukan penyelamat (paramedic) setiap kali semasa membantu mangsa 90% dari nya membawa handphone tetapi mereka (pasukan penyelamat)tak tahu nombor mana yang perlu dikontek atau pun nombor yang mana satu ialah waris atau ahli keluarga terdekat.
jika kita meletekan ICE - 01256XXXX petugas hospital atau penyelamat dapat menghubungi ahli keluarga anda untuk memberitahu keadaan anda.

Jika anda mempunyai lebih dari satu Emergency Contact masukkan ICE1,ICE2 dan saterusnya.Sebarkan concept ini semoga setiap orang akan memahaminya dan memiliki ICE dalam hanphone masing-masing.
ICE 1 tu mungkin nombor telefon isteri anda dan ICE 2 tu mungkin nombor telefon ibu anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...