Tuesday, May 31, 2011

Andai Kau Tahu..

aku tahu..aku tidak secantik Siti Sarah.. 
aku tahu aku tidak sekaya dan setabah Saidatina Khadijah.
aku juga tidak setaat Zinnirah..atau Rabiatul Adawiyah..
tidak sesetia Ainul Mardhiah..
aku juga tidak semulia Siti Aminah..
tidak juga sebijak Siti Aisya..
maka dengan itu kau mempunyai byk pilihan lain..

tiada apa yg mampu aku berikan melainkan..
sepotong doa agar kau sentiasa sihat dan berada dalam keimanan..
dalam setiap hari yg berlalu,bibirku sentiasa membisikkan namamu..
walaupun dalam setiap setiap relung nafasku sentiasa mengingati Allah Taala.
dan dalam setiap tidur malamku sentiasa mimpikan kamu..
walau kadang2 aku terjaga dengan linangan air mata..
namun hakikatnya..kebenaran dalam setiap gelak dan tawa ku..
adalah tangisan pilu kerana sesungguhnya aku sgt merindui kamu..

jgn terus-terusan menduga hatiku..
walau aku nmpk tabah namun hakikatnya..
hati aku serapuh kelopak mawar yg akan gugur tatkala disapa badai..
hati ku juga serapuh kristal yang akan pecah andai jatuh ke lantai..
walaupun setiap hari ku sunyi..tapi aku masih d sini..
terus menanti sehingga mentari itu menjelma lagi..
maka dengan itu..
belum sampai waktunya lagi utk aku pasrah..
kerana aku tidak mahu menjadi manusia munafiq
yang memungkiri janjinya..
dan sesungguhnya "rasa" itu akan terus abadi dalam hati ini..
insyaAllah..



p/s: i'm the girl that smile and laugh in front of you.. even though deep inside my heart i'm crying and dying slowly day by day..u can call me pathetic, loser or anything else..because u just know my name..but u dont know my story..

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...