Thursday, August 25, 2011

Cinta Yang Tak Pernah Mati.


Setiap yang bernyawa pasti akan mati..kerana mati itu pasti…adakah cinta juga begitu?
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.

Dan bila kedua-dua hati itu bersatu,maka wujudlah cinta..dua hati bersatu memberikan “nyawa” kepada cinta tersebut..maka suburlah cinta tersebut..
Saat semuanya bahagia,senyuman terukir..namun,langit tidak selalu cerah..pasti ada awan hitam yang akan datang menyelubungi dua hati ..
Saat itu,ombak mula bergelora dek kerana angin lintang yang bertiup di dalam dua hati tersebut..dugaan mula datang..
Dua hati mula berantakan,menanti retak…
Walaupun satu hati cuba menyelamatkan hati yang satu lagi..namun…
“Panggg!” guruh berdentum kilat sabung menyabung..lantas kesempatan di ambil…
Angin lintang yang datang tanpa di undang terus bertiup membawa hati tersebut daripada pasangannya..

Terkapai-kapai hati menahan pedih akan keretakan yang mengempas hati..
Namun…
Hati itu terpaksa bangkit meneruskan sisa hidup..
NYAWA…
Hati ini masih mampu bernyawa…masih mampu meneruskan hidup…walaupun hanya keseorangan..namun cinta itu tidak mati kerana sekeping hati masih mampu untuk “menghidupkanya” ..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...